Wednesday 17 August 2011

Akademi Penulisan PAPTI - Sebuah Cetusan Idea


Rahmat dan kasih saying Allah menentukan segalanya, sejak muncul penulisan Samsul Kamil Osman, Nor Azian Ab Halim dan Dr Zalilah sebagai penulis-penulis baru saya jadi bersemangat untuk memulakan Akademi Penulisan PAPTI atau apa saja nama nanti yang menjurus kepada latihan dan amalan penulisan berkesan melalui PAPTI. Kita telah kenal penulis tenar seperti Prof Dr Siti Zainon Ismail, Dato Noor Azam dan Ahmad Fadzil Yassin (AFY) dan beberapa yang lain, maka sudah sampai masanya kita mula mencungkil bakat-bakat baru dalam penulisan.

Saya masih dalam misi “memandaikan bangsa Malaysia”, tak kira bangsa Malaysia itu bernama Melayu, Cina atau India, namun siapa saja yang bersedia menjadikan Malaysia negaranya dan bersama-sama mewujudkan keharmonian dalam hidup dan aman, dan yakin Malaysia ialah Negara kita bersama.

Sesuatu bangsa itu pandai kalau ramai cerdik pandai di dalamnya dan salah satu cara mengekpresi diri ialah melalui penulisan. Apakah namanya Novel, Buku Am dan sebagainya tidaklah sangat penting pada permulaannya, namun kita harus ada suatu wadah untuk menggerakkan ini dan “memandaikan bangsa” dalam konteks Bahasa Melayu yang akan menjadi bahasa pemersatu ialah melalui PAPTI dan hubungan erat dengan IKAMA (Ikatan Alumni Mahasiswa), kembarnya PAPTI. IKAMA boleh dilihat di Hubungan PAPTI-IKAMA.

Saya mengundang pandangan yang lain agar idea ini dapat dikembangkan dan saya penuh yakin hal ini dapat direalisasikan.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 18 Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment